BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
I write the story and you create the history.... I thought that I had everything I didn’t know what life could bring But now I see honestly You're the one thing I got right Now I can breathe cause you're here with me And if I let you down I’ll turn it all around Cause I would never let you go....

Wednesday, February 22, 2012

Suatu Ketika Dahulu


Ya Allah,
Seandainya rindu ini suci, maka kuatkanlah,
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah,
Seandainya luka ini berhikmah maka teruskanlah,
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah,
Seandainya rasa ini pasti sesungguhnya aku redha.

Nama aku Ana,
hobi memasak, menulis, menonton.
umur..19 tahun, anak bongsu dlm keluarga kecilku.

Habis spm aku buntu, xtau nak buat apa sementara menunggu rezeki untuk sambung belajar. tapi, tarikh keramat 03/01/11memang xdpt utk aku lupakan. Nak ckp hepi of course tipu. terpilih jadi peserta di PLKN. hmmmm... genap seminggu aku di kem tu, aku dpat panggilan tuk sambung belajar di UTP. aku risau. sebab walau macam manapun aku tetap kena habiskan latihan walaupun terpaksa tangguh tuk beberapa tahun.


Tapi nak buat mcm mana.. terpaksa la jugak. waktu begitu pantas berlalu, penerbangan aku dijangka berlepas dalam masa 2 jam dari sekarang. senyum tawa ibu & ayah xdapat menyembunyikan rasa sedih di hati mereka. x sanggup rasanya nak pergi, tapi ini adalah cita-cita aku dan aku tahu mereka pasti gembira bila aku dpt peluang yg mrk inginkn selama ni. ku peluk erat tubuh ibu & ayah. rasa sebak. namun aku berjanji akn pulang dgn kejayaan yg mereka ingini. 


16/01/11- Universiti Teknologi Petronas. aku melanjutkan pelajaran dlm bidang kejuruteraan kimia. ku rasa sgt bertuah kerana terpilih untuk menjejakkan kaki di sini. insyaAllah. matlamat ku bukan sahaja untuk capai cita-cita malah untuk jadi anak yg solehah & berbakti pada orang tuanya. amin..

Hakikat kehidupan seorang remaja mesti la ada kisah yg ingin dikongsi bersama. 
Seperti biasa aku meneruskan kehidupan seperti mahasiswi-mahasiswi lain. lecture, lab, tutorial dan lain2. pelbagai suka duka telah ku lalui sepanjang 3 minggu di sini. Hari ini hari pertama aku memulakan sesi lab chemistry. agak kusut pada mulanya. tp lama2 tu dah ok la.

aku menuju sebuah meja untuk sign attendance. ku lihat pada senarai nama, ternyata aku digandingkan dengan 2 orang yg x ku kenali. aku duduk di meja 10 dan menunggu kedatangan lab partner aku. masih menunggu. seorang insan menghampiriku. "ana?" dia menyapaku untuk memastikan bahwa aku adalah lab partnernya. "ya", aku menjawab. agak susah untuk berinteraksi dengan lelaki lebih-lebih lagi orang yang x ku kenali. segan gak. tp aku jua yg mulakan perbicaraan. ku lihat dia tercungap-cungap tadi dan branikan diri untuk beri tisu. walau x yakin untuk bersuara. namun ku gagahkan diri utk brtanya. "nak tisu?".......................