masa begitu cepat berlalu.. sekarang aku berada d semester kedua tahun pertama pengajianku. pelajaran semakin mencabar. pengalaman pun sudah semestinya semakin bertambah.
banyak perkara yg berlaku tnpa aku sedari. persahabatan kami masih utuh seperti dulu. tidak sangka persamaan antara kami memberi persefahaman yang cukup erat hingga tiada sapa pun sedari termasuk aku sendiri.
dia yg aku kenali masih dgn sikap cerianya. tapi kali ini aku tidak ditakdirkan untuk bekerja bersamanya d dalam lab tapi kami masih berada dalam satu kelas yang sama.
aku seperti biasa cukup bersemangat untuk memulakan hari2 ku lebih2 lagi ketika aku tahu bahwa sekejap lagi aku pasti akan bertemu dengannya. walaupun hanya memandangnya dari jauh tapi itu sudah cukup untuk menggembirakan hari ku.
setiap hari aku akan berbual dgnnya melalui gtalk, dan x kurang juga melalui telefon. Kami semakin rapat dan selalu mencari alasan untuk dapat berbual antara satu sama lain.
satu saat, dia memberitahu ku sesuatu. apa yg akan ku lakukan sekiranya dia tidak ada lagi dalam hidup aku? aku terkesima untuk seketika. aku tidak tahu ingin memberi jawapan apa kepada pertanyaan itu. tapi yg pastinya aku tidak boleh menerima kenyataan sekiranya dia tidak lagi menghubungiku atau tidak bersahabat denganku. untuk pertama kalinya aku menangis seolah-olah aku kehilangan seseorang yg aku sayangi.
aku tidak pasti apa jawapan yg harus ku beri padanya. tapi aku berharap dia faham tentang perasaan aku kepadanya.
alhamdulillah hari itu, aku memberi jawapan kepadanya. aku juga mempunyai rasa yg sama seperti apa yg dirasakannya. tapi aku takut rasa itu akan memakan diri aku malah dirinya sendiri. insyaAllah jika niat itu betul, sudah pasti Allah akan memberi jln yg betul dan baik bagi kita.
4-Julai 2012- hari kedua aku bertemu dengannya secara 4 mata. yg pertama adalah ketika kami masih foundation dan ketika itu masing2 ingin pulang ke kampung halaman. aku bertemu dengannya di kfc kl sentral. aku memang sangat segan pada waktu itu. xkurang juga dia. masing2 segan. banyak yg ingin dibualkan bersama tapi perasaan segan itu melebihi segalanya. kali ini, kami bertemu di cafe tempat umum dan selamat. hari itu dia sangat sibuk dengan kerja2nya. dan aku cuba untuk membantu dengan memberikan suasana yg ceria dan happening supaya dia tidak stress ataupun pressure melakukan tugas2nya.
hari silih berganti dan semakin dekat dengan tarikh kelahirannya. aku ingin memberikan dia sesuatu yg istimewa yang aku hasilkan dengan tanganku sendiri. hadiah hari jadi?? ya. aku mengambil masa selama sebulan untuk menyiapkan hadiah hari jadi untuknya.
nak tahu apa? tunggu di coretan seterusnya, (^___^)V
Monday, November 19, 2012
Aku masih bercerita
Posted by Anna althafunnisa at 4:51 AM 0 comments
Monday, June 25, 2012
Tentang kita
januari 2012- kakak & adik ? hehe. rasa macam mimpi pulak. aku dah chat dgan dia lebih dr 6 bulan. dan hampir setiap hari berbual hinggakan kadang-kadang tue speechless dibuatnya. tp walau mcm mana sekalipun aku akn tetap mghubunginya cbb rasa seperti ada yg kurang tanpa berbual dengannya.
.
Posted by Anna althafunnisa at 9:02 AM 0 comments
Sunday, June 3, 2012
Sesuatu yg aku rasa
Posted by Anna althafunnisa at 8:57 AM 0 comments
Tuesday, April 10, 2012
Persahabatan itu indah
Pelbagai pengalaman yg xdpt ku lupakan sepanjang semester pertama di UTP. Aku berkenalan dengan banyak sahabat ketika itu. Penglibatan drama sedikit sebanyak mengajar erti sebuah perkenalan dan kerjasama antara aku dan sahabat-sahabat yang aku kenali kurang dari 3 bulan.
Semester dua- Sekali lagi aku dipertemukan dengan si dia. kerisauan & pertanyaan atas suatu kejadian membawa persahabatan antara kami berdua. sudah ditakdirkan. aku dan dia rakan sekelas dan bekerja dbwh satu department yang sama untuk projek down to earth, “Welfare department” :) .
kami mula berbual. tp bukan perbualan 4 mata. hanya guna internet. of course topic perbualan berkenaan tentang tanggungjawab dan tugas masing-masing dlm welfare department. Jangka waktu sebulan menyediakan persiapan untuk projek kelas akhirnya berakhir dengan kesudahan yang begitu bermakna. tapi, pengakhiran projek sama sekali tidak menutup ruang persahabatan antara aku & dia. malah ku rasakan projek ini yg menjadi titik tolak utk aku lebih mengenalnya.
Aku dan dia ada byk persamaan sehinggakan persamaan ini menjadikn kami akrab seperti saudara kandung sendiri. akrab di alam maya. itulah kami. realitinya? Sifat kami yg segan antara satu sama lain ,membuatkan aku & dia seolah-olah orang asing yang tidak pernah mengenali. Bagiku, persahabatan antara aku & dia cukup unik.
Posted by Anna althafunnisa at 8:59 PM 0 comments
Wednesday, February 22, 2012
Suatu Ketika Dahulu
Ya Allah,
Seandainya rindu ini suci, maka kuatkanlah,
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah,
Seandainya luka ini berhikmah maka teruskanlah,
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah,
Seandainya rasa ini pasti sesungguhnya aku redha.
Nama aku Ana,
hobi memasak, menulis, menonton.
umur..19 tahun, anak bongsu dlm keluarga kecilku.
Habis spm aku buntu, xtau nak buat apa sementara menunggu rezeki untuk sambung belajar. tapi, tarikh keramat 03/01/11memang xdpt utk aku lupakan. Nak ckp hepi of course tipu. terpilih jadi peserta di PLKN. hmmmm... genap seminggu aku di kem tu, aku dpat panggilan tuk sambung belajar di UTP. aku risau. sebab walau macam manapun aku tetap kena habiskan latihan walaupun terpaksa tangguh tuk beberapa tahun.
Posted by Anna althafunnisa at 7:17 AM 0 comments
Labels: Cerita Aku dan Dia



