BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
I write the story and you create the history.... I thought that I had everything I didn’t know what life could bring But now I see honestly You're the one thing I got right Now I can breathe cause you're here with me And if I let you down I’ll turn it all around Cause I would never let you go....

Wednesday, January 23, 2013

Diary itu

hepi birthday to you... hepi birthday to you... (^__^)v 9th Julai 2012

ingat lagi x.. sebelum nie aku ada ckp tentang hadiah... alaaa hadiah yang aku buat tue.. nak tau apa?

simple thing but it is a memorable diary which i prepare one month before his birthday.. diary? yup sebuah diari yang menceritakan bagaimana hari-hari ku dipenuhi dengan kegembiraan dan gelak ketawa si dia. mungkin bagi sesetengah orang, diari itu hanyalah satu catatan ringkas mengenai kehidupan diri kita. namun bagi aku dan dia. diari itu sangat berharga dan tidak ternilai harganya.

dalam diari itu juga, menceritakan bagaimana hubungan antara aku dan dia semakin erat dan semakin kukuh. banyak situasi yang mencuit hati dalam diari tersebut. aku buat khas untukknya agar dia tahu bahwa hari-hari yang dia berikan kepadaku sungguh bermakna.

bermula dari saat itu, aku sentiasa ingin memberi sesuatu kepadanya. kerana dengan  melakukan itu aku berasa sungguh bahagia kerana setiap kegembiraan dan senyumannya dapat meluluhkan hatiku. 

aku merasa bahagia memilikinya sebagai teman yang ikhlas, sahabat yang setia dan insyaAllah sebagai imam untukku suatu hari nnti. aku berdoa semoga Allah menyatukan aku dan dia suatu hari nnti. bagiku, tiada insan yang layak memiliki hati ini melainkan dia. 

namun untuk masa ini, aku berinya peluang untuk mengecapi cita-citanya terlebih dahulu. aku tidak mahu menjadi penghalang pada kejayaannya. insyaAllah kalau takdir menyebelahi kami, aku akan tunggu saat itu tiba.

semoga hubungan ini mendapat keberkatan dari pada yang Maha Esa. cepat atau lambat, biarla takdir yang menentukannya. insyaAllah.. (^__^)v

Monday, November 19, 2012

Aku masih bercerita

masa begitu cepat berlalu.. sekarang aku berada d semester kedua tahun pertama pengajianku. pelajaran semakin mencabar. pengalaman pun sudah semestinya semakin bertambah.

banyak perkara yg berlaku tnpa aku sedari. persahabatan kami masih utuh seperti dulu. tidak sangka persamaan antara kami memberi persefahaman yang cukup erat hingga tiada sapa pun sedari termasuk aku sendiri.


dia yg aku kenali masih dgn sikap cerianya. tapi kali ini aku tidak ditakdirkan untuk bekerja bersamanya d dalam lab tapi kami masih berada dalam satu kelas yang sama.


aku seperti biasa cukup bersemangat untuk memulakan hari2 ku lebih2 lagi ketika aku tahu bahwa sekejap lagi aku pasti akan bertemu dengannya. walaupun hanya memandangnya dari jauh tapi itu sudah cukup untuk  menggembirakan hari ku.


setiap hari aku akan berbual dgnnya melalui gtalk, dan x kurang juga melalui telefon. Kami semakin rapat dan  selalu mencari alasan untuk dapat berbual antara satu sama lain.


satu saat, dia memberitahu ku sesuatu. apa yg akan ku lakukan sekiranya dia tidak ada lagi dalam hidup aku? aku terkesima untuk seketika. aku tidak tahu ingin memberi jawapan apa kepada pertanyaan itu. tapi yg pastinya aku tidak boleh menerima kenyataan sekiranya dia tidak lagi menghubungiku atau tidak bersahabat denganku. untuk pertama kalinya aku menangis seolah-olah aku kehilangan seseorang yg aku sayangi.


aku tidak pasti apa jawapan yg harus ku beri padanya. tapi aku berharap dia faham tentang perasaan aku kepadanya.


alhamdulillah hari itu, aku memberi jawapan kepadanya. aku juga mempunyai rasa yg sama seperti apa yg dirasakannya. tapi aku takut rasa itu akan memakan diri aku malah dirinya sendiri. insyaAllah jika niat itu betul, sudah pasti Allah akan memberi jln yg betul dan baik bagi kita.


4-Julai 2012- hari kedua aku bertemu dengannya secara 4 mata. yg pertama adalah ketika kami masih foundation dan ketika itu masing2 ingin pulang ke kampung halaman. aku bertemu dengannya di kfc kl sentral. aku memang sangat segan pada waktu itu. xkurang juga dia. masing2 segan. banyak yg ingin dibualkan bersama tapi perasaan segan itu melebihi segalanya. kali ini, kami bertemu di cafe tempat umum dan selamat. hari itu dia sangat sibuk dengan kerja2nya. dan aku cuba untuk membantu dengan memberikan suasana yg ceria dan happening supaya dia tidak stress ataupun pressure melakukan tugas2nya.


hari silih berganti dan semakin dekat dengan tarikh kelahirannya. aku ingin memberikan dia sesuatu yg istimewa yang aku hasilkan dengan tanganku sendiri. hadiah hari jadi?? ya. aku mengambil masa selama sebulan untuk menyiapkan hadiah hari jadi untuknya.


 nak tahu apa? tunggu di coretan seterusnya, (^___^)V

Monday, June 25, 2012

Tentang kita

januari 2012- kakak & adik ? hehe. rasa macam mimpi pulak. aku dah chat dgan dia lebih dr 6 bulan. dan hampir setiap hari berbual hinggakan kadang-kadang tue speechless dibuatnya. tp walau mcm mana sekalipun aku akn tetap mghubunginya cbb rasa seperti ada yg kurang tanpa berbual dengannya.


cuti-cuti. tp hmmmm x balek sabah. nak buat mcm mana. hari tue sudah balek. so cuti kat melaka la. aku suka duduk melaka. bole jolok rambutan, cabut ubi, bakar sampah & macam2 lagi. suka suasana kampung. mcm2 boleh buat.

aku ingat lagi, aku pernah bermain teka teki dgn dia. ketika itu aku duduk dihalaman. makan rambutan. x sangka teka-teki aku buat si dia tersenyum. aku suka senymannya. dan itulah tujuan aku sebenarnya utk buat dia gembira. 

ketika itu atuk aku sakit. aku harus menjaga atuk dgn harapan agar atuk dpt sembuh semula. tp Allah lebih mnyayangi atuk. aku redha. semoga atuk ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. amin.

tinggal di rumah makcik seminggu xdpt on9. tp aku kena jugak ucap hari jadi utk kwn aku. hmmmm. ketika itu dlm fikiran aku, hny dia yg dpt bantu. aku percaya padanya. hehe. aku beri password utk fb aku. aku x risau cbb aku mengenalinya. 

semester pertama thun pertama. semakin byk cabaran yg perlu kutempuh. seperti biasa. rutin aku utk bebual dengannya. 31/01/12 - hari jadi aku. dan aku ingat lagi, tahun lepas hari jadi aku jatuh pada hari isnin. dan hari selasa adalah hari tuk lab chemistry. aku teringin nak beritahu pada dia(ketika lab), bhwa hari jadi aku semalam supaya dia boleh wish. tp aku segan. siapa aku tuk mengharap wish dari dia. heheh x kisahlah.

 tp kali ini, (2012) dia adalah org kedua yg wish hari jadi aku. of course yg pertama ibu. terima kasih. aku dpt coklat. besar. seronok. ada ucapan pada stick note warna kuning yg dia bagi. moga jadi anak yg solehah, jdi good girl/ student, be strong & never give up, get what i want in the future :) amin. terima kasih jugak pada kwn2 serumah. bagi kejutan walaupun xda la terkejut sgt cbb dah tau.

hari silih berganti, dan aku masih berbual dengannya. of course gtalk. kadang2 fb. byk cerita kami kongsi bersama. 08/02/12- aku ingat lagi. hari itu kami tidak berbual. rasa sunyi. tapi aku tetap fikir tentang dia.. keesokan hari, aku decide utk on9 gtalk. dan akhinya dia menegur aku. alangka seronoknya. akhirnya. hehe. setiap kali aku bebual dgnnya, aku dpt rasakan dia cuba utk sampaikan sesuatu.  agak2 apa ya??







.

Sunday, June 3, 2012

Sesuatu yg aku rasa

Kalau suka xsemestinya bercinta,
 Kalau bercinta xsemestinya ada jodoh,
Tapi....
Kalau ada jodoh, xkan kemana jua.

aku ingat lagi. 09/07/11- hari jadi dia. genap 18 tahun. birthday party? ada. kwn2 buat utknya. aku dijemput. pada mulanya segan tp aku pergi juga. dia diajukan pertanyaan. tp dia xboleh jwb. senyum. aku suka senyumannya. tp aku xtahu knpa ketika itu aku rasa sakit. mungkin cbb aku cemburu. ishh x mungkin. tp entahla. kehadiran seorang kwn (wanita) membuatkan aku rasa sesuatu yg aku sendiri tidak tahu. 

aku masih berbual dengannya. semakin hari aku semakin mengenalinya. perbualan kami seperti biasa -"gtalk & facebook". x sangka. begitu byk persamaan antara kami berdua. aku selesa brkwn dengannya dan begitu juga dia. 

Takdir?

yup, sekali lagi takdir menemukan aku dan dia. ni adalah semester ketiga dan aku sekali lagi jd lab partner denganya. tuk 2 subjek sekaligus, chemistry & physic. pelik? of course x. cbb tu adlh takdir. aku suka bekerja dengannya. ramai yg cuba menyakat kami. hmmmm segan. tp dalam hati suka. dia seorang yg sgt memahami dan byk membantuku dalam segala hal. tp aku masih keliru. sahabat atau.. hmmmm entahla.

seperti biasa kami akan berbual & hampir setiap malam aku berbual dgnnya. terima kasih gtalk. sehinggakan suatu saat aku cuba utk lebih mengenalinya. saudara kembar? adik-beradik?. hehe.. itulah caranya. walaupun aku tahu bukan itu yg aku harapkan. tp mungkin dgn cara itu kami akn lebih mengenali. ataupun mungkin kedua-duanya cuba menutup sesuatu dihati. 

aku merasakan sesuatu terhdapnya. dia baik. bertanggungjawab, peramah, caring. byk lagi. susah nak describe. tp aku sebenarnya takut. aku takut dengan apa yg aku rasa dlm diri. 

tapi aku yakin pada takdir. walaupun aku takut dgn perasaanku sendiri, tp insyaAllah aku percaya suatu hari nnti pasti Allah akan tunjukkan sesuatu yg terbaik untukku dan dia


Tuesday, April 10, 2012

Persahabatan itu indah

saat pertemuan dengannya......

 “Nak tisu?....” kataku. “Oh! Boleh-boleh. Terima kasih" dia menjawab tercungap-cungap. Hari itu merupakan hari pertama pertemuan aku dan dia. Hampir 4 bulan bersama-sama dalam lab chemistry, mcm2 benda kami bualkan bersama walaupun masa yg singkat. Masa begitu pantas berlalu seolah-olah mencemburui perkenalan kami yang baru saja nak berkembang. tp x apa cbb, aku tahu ianya xkan terhenti setakat tu. dia juga mengambil kursus yang sama dengan aku dan sudah tentu masih bole bertemu.

Keputusan SPM dimumumkan. aku peroleh keputusan yg melayakkan aku untuk melanjutkan pelajaran ke universiti lain. tapi kehidupan dan pelajaran di UTP yg dah begitu baik menghalang keinginan tuk berpindah.Aku tekad meneruskan pengajian di sini. 

Pelbagai pengalaman yg xdpt ku lupakan sepanjang semester pertama di UTP. Aku berkenalan dengan banyak sahabat ketika itu. Penglibatan drama sedikit sebanyak mengajar erti sebuah perkenalan dan kerjasama antara aku dan sahabat-sahabat yang aku kenali kurang dari 3 bulan.

Semester dua- Sekali lagi aku dipertemukan dengan si dia. kerisauan & pertanyaan atas suatu kejadian membawa persahabatan antara kami berdua. sudah ditakdirkan. aku dan dia rakan sekelas dan bekerja dbwh satu department yang sama untuk projek down to earth, “Welfare department” :) . 

kami mula berbual. tp bukan perbualan 4 mata. hanya guna internet. of course topic perbualan berkenaan tentang tanggungjawab dan tugas masing-masing dlm welfare department. Jangka waktu sebulan menyediakan persiapan untuk projek kelas akhirnya berakhir dengan kesudahan yang begitu bermakna. tapi, pengakhiran projek sama sekali tidak menutup ruang persahabatan antara aku & dia. malah ku rasakan projek ini yg menjadi titik tolak utk aku lebih mengenalnya. 

Aku dan dia ada byk persamaan sehinggakan persamaan ini menjadikn kami akrab seperti saudara kandung sendiri. akrab di alam maya. itulah kami. realitinya? Sifat kami yg segan antara satu sama lain ,membuatkan aku  & dia seolah-olah orang asing yang tidak pernah mengenali. Bagiku, persahabatan antara aku & dia cukup unik. 


Wednesday, February 22, 2012

Suatu Ketika Dahulu


Ya Allah,
Seandainya rindu ini suci, maka kuatkanlah,
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah,
Seandainya luka ini berhikmah maka teruskanlah,
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah,
Seandainya rasa ini pasti sesungguhnya aku redha.

Nama aku Ana,
hobi memasak, menulis, menonton.
umur..19 tahun, anak bongsu dlm keluarga kecilku.

Habis spm aku buntu, xtau nak buat apa sementara menunggu rezeki untuk sambung belajar. tapi, tarikh keramat 03/01/11memang xdpt utk aku lupakan. Nak ckp hepi of course tipu. terpilih jadi peserta di PLKN. hmmmm... genap seminggu aku di kem tu, aku dpat panggilan tuk sambung belajar di UTP. aku risau. sebab walau macam manapun aku tetap kena habiskan latihan walaupun terpaksa tangguh tuk beberapa tahun.


Tapi nak buat mcm mana.. terpaksa la jugak. waktu begitu pantas berlalu, penerbangan aku dijangka berlepas dalam masa 2 jam dari sekarang. senyum tawa ibu & ayah xdapat menyembunyikan rasa sedih di hati mereka. x sanggup rasanya nak pergi, tapi ini adalah cita-cita aku dan aku tahu mereka pasti gembira bila aku dpt peluang yg mrk inginkn selama ni. ku peluk erat tubuh ibu & ayah. rasa sebak. namun aku berjanji akn pulang dgn kejayaan yg mereka ingini. 


16/01/11- Universiti Teknologi Petronas. aku melanjutkan pelajaran dlm bidang kejuruteraan kimia. ku rasa sgt bertuah kerana terpilih untuk menjejakkan kaki di sini. insyaAllah. matlamat ku bukan sahaja untuk capai cita-cita malah untuk jadi anak yg solehah & berbakti pada orang tuanya. amin..

Hakikat kehidupan seorang remaja mesti la ada kisah yg ingin dikongsi bersama. 
Seperti biasa aku meneruskan kehidupan seperti mahasiswi-mahasiswi lain. lecture, lab, tutorial dan lain2. pelbagai suka duka telah ku lalui sepanjang 3 minggu di sini. Hari ini hari pertama aku memulakan sesi lab chemistry. agak kusut pada mulanya. tp lama2 tu dah ok la.

aku menuju sebuah meja untuk sign attendance. ku lihat pada senarai nama, ternyata aku digandingkan dengan 2 orang yg x ku kenali. aku duduk di meja 10 dan menunggu kedatangan lab partner aku. masih menunggu. seorang insan menghampiriku. "ana?" dia menyapaku untuk memastikan bahwa aku adalah lab partnernya. "ya", aku menjawab. agak susah untuk berinteraksi dengan lelaki lebih-lebih lagi orang yang x ku kenali. segan gak. tp aku jua yg mulakan perbicaraan. ku lihat dia tercungap-cungap tadi dan branikan diri untuk beri tisu. walau x yakin untuk bersuara. namun ku gagahkan diri utk brtanya. "nak tisu?".......................